Friday, September 9, 2011

Doa Taubatku

Sajak ini boleh didapati di Tumblr ku


KepadaMu aku bermohon
Dan kepadaMu aku bersujud
Ampuni-lah dosaku
nescaya dari kesilapanku yang dulu

Ya Allah aku bermohon
agar diKau membawaku ke jalan yang benar
Sudah puas aku mencari kebenaran
akan tentang diriMu
Walaupun sesudah mati,
aku ingin kembali ke tempat asalku

Sepi terasa setelah apa yang ku miliki
Kau mengambil segalanya semula
Sesal di dunia kesal terasa
Tidak lambat untuk aku bersujud kepadaMu ya Allah

Di sini aku menanti jawabanMu
Di sini aku menanti panggilanMu

Thursday, September 1, 2011

Nilai: Masa Remaja si Ibu

Karim Musa tidak mempunyai pilihan tetapi untuk meminta anak sulungnya yang berumur tujuh belas tahun, Saidatul untuk berkahwin dengan seorang ahli perniagaan selepas kematian ibunya. Karim memberitahu dia harus berhenti mengharap tentang sang putera yang selalu diidam oleh setiap perempuan kerana dia telahpun merancang majlis perkahwinan besar-besaran untuk anak sulungnya itu. Saidatul ingin saja melarikan dirinya ke mana saja tetapi tapak kakinya memberi hentaman yang kuat di rumah kayu mereka lalu lari ke bilik, menutup pintu dan menguncinya dari dalam. Saidatul bergegas ke katilnya dan menangis teresak-esakan.

Saidatul berpaling dan menghadapi siling. Dia terus menangis dan memikir tentang ibunya, yang mati hangus terbakar di dalam kedai barang kemas Karim tujuh hari yang lalu. "Ibu, andai ibu tahu apa yang bermain dalam fikiran ayah," fikir Saidatul. Dia tidak berani untuk bersuara kerana jika dia melakukannya, Karim akan memberi sebatan di belikat Saidatul dengan menggunakan sepasang tali pinggang berkulit. Saidatul terus menangis sehingga dia terlena dan tidak lama kemudian, Samad mengetuk pintu dan berkata seorang lelaki tua sedang mencarinya. Saidatul mengesat air mata kering dan menyuruh Samad keluar.

Saidatul bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah ruang tamu. Dia ternampak Karim sedang bercakap dengan seorang lelaki tua bersama isterinya. Karim berpaling ke arah Saidatul dan memerintah Saidatul untuk ke dapur dan menghidang tetamu mereka minuman petang. Saidatul mengangguk dan tidak berkata apa-apa.

"Kakak! Kakak kenal mereka? Kenapa mereka berbisik kepada bapak? Agak-agak kakak kan, apakah yang sedang diperbualkan?" tanya Samad yang tidak tahu apakah artinya merisik.

Saidatul sengaja memperlekehkan tugasnya dan tidak ingin memberitahu Samad hal sebenarnya.

"Kakak pun tak tahu lah dik. Kakak rasa mereka kawan lama bapak." jawab Saidatul tanpa memandang Samad. Samad pun mempercayai kata-kata kakaknya itu lalu duduk di meja makan sambil bermain dengan kereta mainannya. Saidatul masih lagi menyediakan minuman untuk tetamu di ruang tamu sambil memikirkan cara untuk menolak pertunangan dia yang bakal menjulang. Tidak lama kemudian, Karim datang dan melemparkan senyuman manis ke Saidatul. Samad tidak mengendahkan gerak geri Karim yang berjalan menuju ke arah Saidatul dan terus menepuk bahu kirinya. Dia tunduk menghadap ketinggian Saidatul dan memandang lurus dalam matanya.

Karim dengan senyumnya memberitahu Saidatul, "Tak lama lagi Saidatul akan menjadi isteri orang. Orang ternama pula tu!" Samad berhenti bermain. Titisan air mata mula mengalir dari mata seorang perempuan yang belum bersedia untuk memasuki dunia wanita.

"Tapi bapak..."

"Tak apa nak. Kau akan bahagia disamping suami engkau. Lagi pula, dia anak orang kaya. Kita tidak akan hidup seperti dulu." ujar Karim kepada anak perempuannya.

Saidatul tidak dapat menahan sebak di dada. Belum lagi hilang sedih satu minggu lepas inikan pula ditambah sedih yang akan menghancurkan hidupnya. Saidatul tidak mampu lagi untuk berkorban demi keluarganya. Nafsu bapak makin lama makin tamak, bisik hati Saidatul. Dia sendiri tidak tahu apa yang ingin bapaknya miliki sedangkan polis telah memberi mereka sebuah rumah kayu secara percuma dek akibat kedai barang kemasnya musnah dijilat api, peninggalan harta pusaka arwah nenek mereka dan macam-macam lagi. Dengan sengaja, Saidatul menjerit.

PAAAAAAK! Tamparan diterima oleh Saidatul. "Anak biadab! Derhaka! Syaitan mana yang telah memasuki tubuh kau Saidatul Karim Musa?! Sanggup kau menjerit kepada bapak sendiri?"

"Saidatul tak nak kahwin! Saidatul masih muda! Biar saja Saidatul hidup sebegini sementara menantikan peluang pekerjaan bapak!" tegas Saidatul. Samad yang tadinya masih duduk terus lari keluar dan menangis kerana takut akan pertelingkahan antara si bapak dan si kakak.

"Setiap perkara yang bapak lakukan adalah untuk kau Saidatul! Jikalau arwah emak kau masih hidup, tentu dia akan menyuruh kau kahwin. Kau ingat nak hidup ni senang ke? Ingatlah sikit kita ni masih di bawah jajahan orang Jepun! Sanggup kau menjadi anak yang derhaka semata-mata tidak mahu berkahwin?" tegas si bapak dan terus beredar ke ruang tamu semula untuk berbincang dengan kedua-dua tetamu tadi.

Saidatul terus menangis dan dia dapat merasakan darah yang mengalir sedikit demi sedikit di bawah bibirnya itu pahit. Saidatul mengucap dua kalimah syahadah dan Samad terus berlari memeluk kakaknya.

Samad yang masih ragu tentang kejadian tadi menanyakan Saidatul sekali lagi, "Kakak, kenapa bapak tampar kakak? Kakak jangan tinggalkan adik. Adik takut."

Saidatul mengesat air matanya dan terus memeluk Samad dengan lebih erat. "Tidak dik. Kakak tidak akan sesekali meninggalkan adik. Kakak janji."

Tetapi janji si kakak hanyalah sebuah mimpi. Selang tiga minggu selepas kematian ibu Saidatul, dia telahpun diijab kabulkan dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Abu Bakar. Abu Bakar adalah seorang lelaki yang tampan, bijak dan juga fasih dalam Bahasa Inggeris. Jarak beza umur antara Saidatul dan Abu Bakar hanya 10 tahun. Saidatul terpaksa mengahwini jejaka yang tidak pernah dia cintai, tidak pernah dia bertegur sapa dan tidak pernah mengenali asal usulnya. Apa yang dia tahu sekarang dia adalah isteri Abu Bakar.

Saidatul tidak pernah merasa zaman remajanya sebagai seorang remaja. Habis zaman remajanya sibuk dengan menguruskan rumah tangga yang baru dibina. Selang setahun, Saidatul mengandung.

Karim merasa gembira kerana tidak lama lagi dia akan bergelar atuk. Saidatul, menangis dalam sepi.

Tuesday, July 12, 2011

Salah Berbaik Dosanya Jahat.

Isnin 07112011 Sunway Pyramid

Aku singgah sebentar di Sunway Pyramid Starbucks 2 untuk bertemu dengan kawan²ku yang rajin mencari rezeki halal di situ. Tat di satu saat, Jo menghampiri aku dan bertanyakan aku sebuah soalan yang dulunya aku pernah menanya dia.

"Kau ingat tak apa soalan kau pernah tanya aku dulu?" tanya Jo.

Aku terpaku, memikirkan apakah soalannya.

"Ala yang dosa jahat baik tu semua.. Cuba kau ingat balik"

"Salah ke kita berbuat baik dan dosakah kita berbuat jahat?" aku masih dalam keadaan ragu. Jo dengan pantas menjawab, "Haaa! (sambil menunjuk jari manis) kau nak tau? Aku dalam keadaan tu lah" dan terus Jo masuk semula ke store untuk mengambil barang.

Aku hairan. Mengapa Jo menanyakan aku soalan sebegitu yang dulunya aku pernah bertanya kepadanya? Adakah salah atau adakah dia sudah menemui jawapannya?

Kami duduk sebentar di Subway. Bercerita tentang pekerjaanku dan bagaimana aku boleh bertahan dengan semua orang yang kononnya alim tetapi aku masih tidak menutup aurat. Aku bercerita lagi tentang aku dapat berkenalan dengan satu ustaz yang baik dan boleh mengubati orang - inysaAllah dengan berkat Allah. Aku sedih mendengar kisah kawan yang aku baru kenal. Tidak sangka hidup di dunia penuh dengan misteri, cabaran dan dugaan. Aku hanya mendengar.

"Sebenarnya kan Jo... Soalan aku tu ada jawapannya cuma nak bagitau jawapan tu payah. Leceh. Penat memikirkan ayat yang sesuai. Sebab tu aku cakap 'subjective' boleh di bawa gaduh dan juga boleh membuatkan orang berfikir panjang." jawab aku dengan selamba.

Jo, memberi aku senyuman yang pahit dan terus berkata, "Aku tak tau la Yika. Aku confused. Tak tau apa dah jadi dengan aku. Aku buat baik, kena pijak. Aku buat jahat pun kena pijak."

"Sebab tu kita kena pandai bermain dengan orang. Life is like a game. Harusnya ada satu pemenang, satu kalah. Kau, dah cukup baik mengaku kalah sebab apa? Sebab kau sayang sangat kat dia. Dan dia pijak kau sebab the more you get the more you want. Tak puas hati namanya."

Aku terlepas cakap. Bukan nak menyakitkan hati Jo but it is a fact. Manusia bukannya tak sempurna cuma tidak bersyukur dengan apa yang telah disempurnakan. Manusia tidak membuat kesilapan, cumanya kita dilahirkan untuk belajar dari kesilapan yang lalu.

Aku tekankan ayat² Al-Quran dan Hadith, Jo pula menekankan kisah Nabi Muhammad S.A.W. Masing² pandang each other. "Memang ada talent buat program Islamic nie" aku cakap kat diri aku.

But serious, kita tidak perlu menjadi baik sangat setakat nak dapat pahala dan jangan jadi terlalu jahat untuk membalas dendam. Kun fayakun, karma akan datang.

Monday, July 4, 2011

Wang atau Darah?

Seringkali kita mendengar prinsip kerja keras tetapi apakah makna bekerja jika tidak melakukan sesuatu kerja dengan seikhlas hati?

Baru² ini aku ada berdebat dengan producer aku. Bukan debat sampai gaduh tapi debat pasal pengorbanan. Ye lar, zaman sekarang kan moden. Semua nak kerja untuk menampung keluarga sendiri sampai sanggup tidur dalam ofis. Huh what a good employee. Tapi antara wang dan darah daging sendiri, mana lagi penting?

Sanggupkah dikau hidup dalam keadaan yang sederhana? Sanggupkah dikau menjaga orang tuamu yang sudah uzur manakala gaji suamimu cukup untuk sesuap nasi? Sanggupkah dikau mengabaikan orang tuamu yang dulunya lebih miskin daripadamu di rumah orang² tua?

This is a very subjective topic. I am being frankly here. Come on, it is true wang adalah segalanya tetapi mengabaikan orang yang telah menjagamu sejak kecil, menyekolahkan kamu sehingga mendapat ijazah or master or whatever certificate you are holding right now - that is so wrong. Memang tak salah pun suami isteri bekerja untuk menyara keluarga tapi takkan la tak ada masa langsung untuk orang tuamu? Ingatlah dulu mereka pun hidup susah, menjaga korang sampai sakit tulang belakang tapi pernahkah mereka mengabaikan kamu semasa kecil?

There is no right or wrong answer here. Korang ada otak, korang fikir. Tapi bagi aku, harta kekayaan di dunia ini hanyalah sementara. Ianya tidak boleh di bawa ke akhirat tetapi jasa yang engkau orang buat insyaAllah akan diperlihat di akhirat nanti.

Aku rasa sedih dan sayu apabila mendapat tahu kebanyakan orang kita sanggup menempatkan mak bapak sendiri di rumah orang² tua. Apa gunanya Islam pada nama tetapi Syaitan pada perangai? Memanglah zaman sekarang kos hidup memang tinggi. Wang boleh dicari pada bila² masa tetapi mak bapak hanya hidup sekali. Jikalau mereka sudah tiada, bagaimana hendak mencari pengganti?

So, pandai² korang lah nak berkorban untuk diri sendiri. Tak salah cari rezeki lebig tetapi berpada-pada lah ye. Jangan sampai lupa daratan.

Sunday, June 26, 2011

Obsession

YOU SHOULD HAVE KNOWN BETTER ABOUT YOURSELF IF YOU THOUGHT I WOULD BE YOURS


Sorry to say but you are just freaking me out. With the way you text me, your calls and your words - you are way too worst than a pedophile. Way too worst than a ripper and a rapist. What's worse, your body figure makes others think you are a true rapist.

Sorry but you are not my type. Sorry to say you are worst than an animal. Why can't you stop doing what you are doing right now and lead a happy life? Good enough your mom has forgave you but with that kinda attitude, you really have to change. Change because God is still giving you time, not for me.

D'uuuuuh you are young but death is not.

Thursday, June 16, 2011

Hands Clean.

Gotta wash my hands clean gotta get all the dirt away
These memories are meant to be forgotten, not to be remembered
Truth hurts yet lies deceive reality
Is this what you have been calling "love"?
Is this what you have planned?
I'm getting myself a better me

We were strangers
but definition brought together
We started to be more closer day by day
and friends were what we used to be
But with all these lies, I gotta wash my hands clean
Oh reality hurts.

Gotta wash my hands clean gotta step my world into reality
You've misused all the trusts I have put in you
and your words are not worth my time.

Tuesday, June 14, 2011

Keluhan Hati.

Keluh. Resah. Putus asa. Keadilan.


Biasalah manusia. Kalau dah dapat berlian, nak pula tembaga. Dah dapat tembaga, nak pula emas. Makin lama keinginan akan sesuatu benda menjadi-jadi. Tetapi sesudahnya kita mendapat sesuatu benda dan pada suatu hari, apa yang kita ingin tidak dikecapi, segala ungkapan akan diungkap. Inilah itulah tidak adillah, mengeluh dan merajuk seperti anak kecil. Mampukah kita membuang sikap agressive yang sekian lama menetap di hati kita ini?

Tatkala aku berfikir, "Jika hidup ini tidak adil, makanya Allah S.W.T tidak berlaku adil kepadaku". Ya, aku berfikiran negatif tetapi sejenak selepas itu aku mendapat jawapan bahawa Allah sememangnya berlaku adil kepada semua manusia di dunia ini. Hanya bala mahupun seksa yang kita terima hanyalah ujian daripadaNya.

Aku bukanlah seorang insan yang layak ke syurga tetapi takut akan api neraka. Well at least I am trying my best to be more closer to Him. Aku tidak mahu menjadi hipokrit. Dalam pada masa yang singkat (not really short lah) akan ku cuba sedaya upaya menghafal semula ayat-ayat suci Al-Quran.

Setiap kali aku datang untuk rakaman Halaqah Sentuhan Qalbu, paling aku tidak sabar dalam rakaman HSQ is Tarmizi's part. Suara Qari Tarmizi memang ngiang pabila beliau membaca potongan ayat² suci Al-Quran. Hati aku tenang dan selesa pabila bekerja. Terima kasih HSQ kerana memberi daku peluang untuk mempelajari dengan lebih dalam apa itu makna kehidupan.

Kita selalu mengeluh tentang kehidupan. Apabila kita mengeluh, bermakna kita mengeluh dengan Tuhan. Disebabkan kehidupan ini dicipta olehNya dan Dia telah memberi kehidupan tetapi kita tidak menghargainya. Pernahkah kalian terfikir tentang kehidupan orang lain yang hidup mereka lebih susah daripada kita?